|
Info Umum: Khaled wants tertiary students to acquire soft skills. |
|
Submitted by Najiah on Saturday,
Bernama
Saturday, April 3rd, 2010 16:34:00
PEKAN: Public and private institutions of higher learning have been asked to diversify their co-curricular activities to enable students to acquire soft skills to boost their job marketability.
Higher Education Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said soft skills included such abilities as effective communication, creativity, innovation, analytical thinking, diplomacy, flexibility, leadership and team building to face challenges in the new millennium.
He said the public and private service sectors needed people of integrity and quality to face up to challenges under the 1Malaysia concept and in implementing the New Economic Model (NEM).
"How are they going to establish a good relationship with the public or boost the capacity of their companies if they do not have effective communication skills, have difficulty coming up with creative ideas and do not have leadership capabilities?" he told reporters after officiating at the 1Malaysia Orienteering event of the ministry and Universiti Teknologi Mara (UiTM) today.
He said academic excellence alone was not enough to help the government continue with its development agenda and spur the national economy to enable the country become a high-income nation.
Mohamed Khaled also said that Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak had placed great emphasis on the higher education of the people, making it a critical factor in the national development agenda.
He said the institutions of higher learning should progress in tandem with the government objective of making Malaysia a developed nation through the creation of excellent human capital.
"All plans can fail if the higher education sector does not play the role desired of it by the government," he said. A total of 1,096 students from 50 public and private tertiary institutions participated in the three-day orienteering challenge from yesterday, which involved getting from one place to another guided by a map and compass.
The event, with a record number of participants, will be included in the Malaysia Book of Records. The previous record was 634 participants.
|
|
|
|
|
|
Info Umum: Bengkel Pendedahan Radio Amatur Negeri Perak |
|
Tarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Ipoh.
Bengkel ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada seluruh masyarakat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, penggemar radio amatur serta perkara yang berkaitan peraturan, syarat dan undang-undang penggunaan radio amatur serta perkara yang berkaitan dengannya.
Bengkel akan dikendalikan bersama oleh pihak SKMM, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan SIRIM.
Penyertaan adalah percuma. Walaubagaimanapun, sila sahkan penyertaan anda dengan menghantar nama dan no. kad pengenalan sebagai peserta ke alamat:
Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS)
No. 6 Persiaran Perindustrian Pengkalan 13,
Kawasan Perindustrian Pengkalan,
31500 Lahat.
* Bagi Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Perak dan warga pendidikan, anda juga boleh memberikan butiran yang diperlukan kepada Cik Zuraidah bt. Zainal Abidin di talian 05-6859100 sebelum 7 Mac 2010.
|
|
|
|
|
|
Info Umum: Fakta Mengenai Virus Influenza A (H1N1) |
|
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian.
Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini.
Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima.
Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan)
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama.
|
|
|
|
|
|
|
Semua jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri dijemput untuk mengikuti program "Lawatan Sambil Belajar" ke Satun, Thailand pada 8 hingga 10 Mei 2009. Anda boleh membawa rakan atau ahli keluarga bersama.
Bayaran yang dikenakan adalah RM60.00 seorang. Tambahan rakan atau ahli keluarga adalah RM60.00 seorang. Bayaran tersebut adalah untuk penginapan (Satu malam di Satun) dan T-shirt.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:
1. En. Mustafa Kamal bin Ismail - 019-5733313
2. En. Ahmad b. Man - 012-5149380
3. En. Salim b. Saidin - 019-5202779
sebelum 8 April 2009. Urusan border pass dan kebenaran dari Jabatan Pelajaran adalah tanggungjawab anda sendiri.
- Pengerusi PEKEJU
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan RAE 2008- 1 dikeluarkan pada hari ini. Tahniah kepada mereka yang berjaya! Kepada yang belum mencapai tahap yang dikehendaki, cuba lagi!
|
|
|
|
|
|
|
Anjuran: Persatuan Kebajikan Jurulatih (PEKEJU)
Tarikh: 25-27 Julai 2008
Tempat bermula: Pusat Kokurikulum Kelantan ke Pusat Kokurikulum Terengganu
Jarak anggaran: 150 km
Semua jurulatih Pusat Kokurikulum Perak yang berminat dijemput menyertai program tersebut.
Maklumat lanjut boleh didapati dari
1. En. Badrol Manan b. Mohamad - 013-4331569
2. En. Mohammad b. Pin - 013-4817148
3. En. Mustaffa Kamal b. Ismail - 019-5733313
4. En. Norhisham b. Hashim - 013-5303470
Sila sahkan penyertaan anda sebelum 13 Julai 2008. Bayaran sebanyak RM100.00 dikenakan bagi makanan dan pengangkutan.
|
|
|
|
|
|
Info Umum: Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma |
|
Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2007 : Perubahan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
KLIK SINI
|
|
|
|
|
|
Info Umum: Pendidikan Watak Dan Kreatif Tonggak Pendidikan Negara - Najib |
|
28 Jun, 2007 17:19 PM
KUALA PILAH, 28 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan akan menekankan pendekatan pendidikan watak dan kreatif, melalui kegiatan kokurikulum, sebagai dua tonggak pendidikan negara.
Timbalan Perdana Menteri berkata pendekatan yang menggalakkan penyertaan pelajar sekolah rendah dan menengah dalam kegiatan kokurikulum itu, bagi memastikan negara melahirkan generasi pemimpin pelapis yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan bersifat global.
Ini kerana hasrat pembangunan negara untuk menjadi negara maju juga berlandas kepada pembangunan ekonomi yang berasaskan ilmu pengetahuan selain pembangunan modal insan berkualiti, katanya.
"Dua tonggak pendidikan itu sudah termaktub dalam falsafah dan agenda pendidikan negara, bagi memperkukuhkan hasrat negara supaya apa-apa yang kita lakukan melalui pendidikan akademik atau kokurikulum, hendaklah menjurus kepada matlamat itu.
"Sebuah ekonomi negara maju semestinya dapat menjana generasi yang mampu berfikir secara kreatif dan inovasi," kata Najib kepada pemberita selepas menutup program Gala Kokurikulum Kementerian Pelajaran 2007 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (Kem Pusako) di Batu Kikir, dekat sini hari ini.
Program selama lima hari bermula 24 Jun itu melibatkan 449 pelajar pelbagai kaum termasuk pelajar pendidikan khas dari seluruh negara mengikuti pelbagai aktiviti kokurikulum persatuan, badan beruniform dan sukan.
Terdahulu dalam ucapannya,Timbalan Perdana Menteri berkata pendidikan watak yang diterapkan melalui kegiatan kokurikulum itu amat penting bagi memupuk modal insan yang berjati diri, berakhlak luhur dan mempunyai budi pekerti tinggi.
Negara perlu mempunyai generasi pelapis berperibadi tinggi untuk memimpin negara di masa akan datang kerana Malaysia tidak akan maju jika hanya bergantung kepada kekuatan fizikal yang bercorak kebendaan dan teknologi, katanya.
"Ini semata-mata tidak mencukupi kerana bangsa itu juga harus membina kekuatannya di atas asas budaya, bahasa, ilmu pengetahuan, akhlak, keyakinan diri yang teguh, semangat tanggungjawab serta pengorbanan diri yang tinggi," katanya.
Beliau berkata aktiviti kokurikulum juga menjadi platform bagi pelajar meluahkan emosi mereka.
Najib berkata kerajaan sentiasa komited untuk menggalakkan pembangunan program kokurikulum di peringkat sekolah dan memperuntukkan RM12 bagi setiap pelajar sekolah menengah dan RM10 bagi setiap pelajar sekolah rendah (untuk aktiviti kokurikulum).
Bagi menyemarakkan lagi kegiatan kokurikulum, Najib berkata kerajaan akan menimbangkan supaya semua 70 kem Program Khidmat Latihan Negara (PLKN) dapat digunakan sebagai pusat kokurikulum.
Ini memandangkan kem PLKN hanya digunakan bagi tempoh sembilan bulan dalam setahun, katanya.
Hadir sama pada majlis penutupan program itu ialah Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohammad Hasan.
Dalam ucapannya, Hishammuddin berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan RM50 juta di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) bagi membina tiga pusat kokurikulum di Kedah, Selangor dan Terengganu menjadikan jumlah keseluruhan pusat kokurikulum di seluruh negara sebanyak 18 buah.
Beliau berkata sebanyak RM420,000 diperuntukkan bagi melatih jurulatih di pusat kokurikulum negeri pada tahun ini, dan RM300,000 diperuntukkan bagi melatih guru-guru dalam bidang itu melalui latihan dalam perkhidmatan.
-- BERNAMA
|
|
|
|
|
|
|
IPOH-Orang ramai yang berminat dipelawa menyertai ujian pemilihan ke cabaran Cyclethon Antarabangsa Malaysia-Eropah tahun depan yang akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak di sini pada Sabtu dan Ahad ini.
Timbalan Presiden kelab Eksplorasi Malaysia (KEM), Zulkifli Arbi berkata, ujian dibuka kepada mereka yang berumur antara 18 dan 50 tahun dan mereka yang berminat perlu mendaftar diri untuk menjalani ujian itu di kompleks berkenaan dengan bayaran RM50 seorang.
"Antara lain ia membabitkan ujian bertulis mengenai Malaysia, ujian kecergasan dan mengayuh basikal sejauh 80km dalam masa lima jam," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata, 24 peserta yang terpilih nanti akan menjalani latihan pusat di Ipoh pada setiap Sabtu dan Ahad selama enam bulan dan mereka yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenainya boleh menghubunginya di 012-5200992 atau Riduan Nordin di 016-5179878.
Zulkifli berkata, Cyclethon Antarabangsa Malaysia-Eropah yang berlangsung dari 15 Januari hingga 15 Februari 2008 itu akan meliputi perjalanan sejauh 2650 km yang bermula dari Lisbon, Portugal dan berakhir di Paris, Perancis.
"Selain Lisbon, peserta turut berkayuh melalui Madrid, Zaragoza, Barcelona, Marseile, Lyon dan Dijon,"katanya.
Beliau berkata, mereka juga akan melalui kawasan banjaran seperti Sierra De Guadarama di Sepanyol, Pyrenness di sempadan Sepanyol,-Perancis serta pinggiran Mont Blanc di Perancis. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|

Gala Kokurikulum Kebangsaan 2007 yang akan diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Sembilan akan diadakan pada 24 Jun hingga 28 Jun 2007. Beberapa jawatankuasa dan dan semua jurulatih PKKN Negeri Sembilan sahaja akan melapor diri pada 23 Jun 2007 (sabtu).
Gala Kokurikulum Kebangsaan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus-Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan - Kem PUSAKO. Berlangsung pada 24 hingga 28 Jun 2007 di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan - Kem PUSAKO. Merupakan acara kemuncak kepada Bulan Kokurikulum Kebangsaan.
Gala Kokurikulum Kebangsaan berkonsepkan Pendidikan Luar sebagai satu simbol dan pendekatan bagi menggambarkan pengintegrasian dan penggembelingan idea dari 3 aspek kokurikulum iaitu kegiatan kelab/persatuan, unit beruniform dan sukan. Perlaksanaan konsep Pendidikan Luar ini merupakan satu pendekatan dalam merentasi kurikulum dan kokurikulum di sekolah bagi menjana minat yang tinggi di kalangan warga pendidkan terhadap pengajaran dan pembelajaran, kepekaan kepada realiti alam semulajadi serta persekitaran dan dapat meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan melalui konsep integrasi nasional.
Matlamat
Memberi pendedahan kepada murid tentang falsafah dan aktiviti Pendidikan Luar. Suatu modus operandi yang berkesan untuk aktiviti kokurikulum yang mempunyai hubungkait dengan kehidupan dan seterusnya dapat meningkatkan lagi keyakinan diri dalam memenuhi cabaran era globalisasi.
Objektif
Memberi pendedahan kepada murid aspek pengurusan aktiviti pendidikan luar yang selamat terancang, selamat dan sistematik. Melatih murid berkomunikasi dengan lebih baik dalam suasana, budaya dan latarbelakang yang berbeza. Program ini juga diharap dapat menjana daya saing yang sihat di kalangan murid melalui aktiviti pertandingan yang dijalankan. Peningkatan pemikiran yang kreatif dan inovatif memalui pendedahan kepada persekitaran dan iklim yang berbeza mampu diterjemahkan melalui program ini selain dari pemupukan kerjasama dan tolak ansur di kalangan peserta, jurulatih, urusetia dan komuniti.
Kumpulan Sasaran
Seramai 460 orang peserta Kelab Rukun Negara dari 16 negeri dari pelbagai kaum dan bangsa.30 orang dari setiap negeri dan 20 orang masing-masing dari WP Labuan dan WP Putrajaya.
Pelaksanaan dan Pengisian
Program ini dijalankan selama 5 hari 4 malam dengan pengisian aktiviti yang pelbagai.Antara aktiviti yang dirancang sepanjang program ini seperti, Keyakinan Di Air, Kayak, Ikatan dan Simpulan, Tali Temali, Mendaki Tembok Tiruan, Orientering, Ikhtiar Hidup dan Paintball. Aktiviti kebudayaan seperti Cak Lempong, Tarian Endang, Tarian Kayu India, tarian Kipas dan Payung, aktivit berkampung seperti, membuat lemang, tumbuk emping dan mengacau dodol.
Selain dari itu aktiviti lawatan juga diadakan. Tempat yang menarik seperti Muzium Di Raja Seri Menanti, Muzium Bangkinang dan Teratak Zaaba menjadi destinasi peserta semasa program ini. Selain dari itu aktiviti yang paling penting seperti Kerohanian yang merupakan Aktiviti Teras dalam setiap program PKKN juga dilaksanakan. Acara Pameran Pendidikan Luar, perbarisan unit beruniform, ceramah perpaduan serta pelancaran Laman Web akan diadakan. Segala aktiviti ini akan diakhiri dengan pertandingan akhir Paintball yang akan diadakan di atas air yang pertama di dunia. Semoga segala usaha ini akan berjaya.
|
|
|
|
|
|
Info Umum: PEKELILING JPA - KADAR BARU ELAUN KOLA |
|
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2007, Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup
KLIK SINI
|
|
|
|
|
|
Info Umum: PEKELILING JPA - KADAR GAJI BARU SSM |
|
|
|
|
|
|
Info Umum: GALA KOKURIKULUM KEBANGSAAN PADA 24 - 28 JUN 2007 |
|
Gala Kokurikulum akan diadakan di PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SEMBILAN, Kg. Sungai Jelutong Batu Kikir. Program ini akan melibatkan penyertaan hampir 470 peserta dari seluruh negara. Merupakan kemuncak kepada Bulan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kontinjen Pusat Kokurikulum Perak akan diketuai oleh
Encik Mohd Zaini bin Ahmat - Penolong Pengarah Pusat Kokurikulum Perak
|
|
|
|
|
|
Info Umum: Persekolahan Ganti Sempena Cuti Hari Raya Aidilfitri 1428H/2 |
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berikut adalah jadual persekolahan terbaru (sekolah ganti) untuk Cuti
Raya Puasa 2007:
Sekolah Ganti I (Cuti Hari Raya Puasa 2007)
---
Dijadualkan hari persekolahan pada 16.6.2007
Menggantikan tarikh 17/10/07 (Jadual Rabu).
Sekolah Ganti II (Cuti Hari Raya Puasa 2007)
---
Dijadualkan hari persekolahan pada 30.6.2007
Menggantikan tarikh 18/10/07 (Jadual Khamis).
Sekolah Ganti III (Cuti Hari Raya Puasa 2007)
---
Dijadualkan hari persekolahan pada 28.7.2007
Menggantikan tarikh 19/10/07 (Jadual Jumaat).
Selamat Bersekolah seperti biasa.
Kerumitan hari ini adalah KESENANGAN ESOK HARI.
Sekian, harap maklum.
|
|
|
|
|
|
Info Umum: Pangkor in need of speedboat for ambulance service |
|
Brenda Lim
IPOH:
The dilapidated boat being used for emergency cases in Pangkor is not the answer to the island’s need for a speedy ambulance service.
The island’s state assemblyman Datuk Dr Zambry Abd Kadir said the Marine Department had deemed the boat provided by the Health Ministry as not seaworthy.
"It is still an old and broken boat made of wood even if the boat was repaired and fitted with beds. It will take a long time to reach Lumut in case of an emergency,” he said, adding that the boat had also developed engine problems.
An ideal ambulance service, Zambry said, should be able to transport patients to Lumut in 10 to 15 minutes. He suggested that the health department should emulate other government departments by acquiring a speedboat.
"If there were a huge fire in Pangkor, how would we ferry all the victims quickly to the mainland for medical treatment? We shouldn't wait for a tragedy to happen before taking action,” he told reporters at the closing of a study camp for Orang Asli Year Six students here yesterday.
Zambry, who is also State Education committee chairman, suggested that RM400,000 be allocated to outfit a new boat which would be able to accommodate two patients and several passengers.
He pointed out that the island of Tioman and other remote areas in East Malaysia had proper ambulance ferry services and Pangkor should enjoy similar service.
|
|
|
|
|
|
|
| Persatuan Kebajikan Jurulatih (PEKEJU) |
|
|
|
|
|
|