Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Perak
 
•  Login  •  Utama  •  Isi Kandungan  •  Downloads  •  Forum  •  Akaun Anda  •  Pautan  •  Keluar  
Info PKN
Profil
. Logo
. Visi dan Misi
. Piagam Pelanggan
. Sejarah
. Lokasi
. Kemudahan

Pentadbiran
. Ketua Sektor
. Penolong Pengarah
. Penyelia
. Ketua Jurulatih dan Penolong
. Staf Sokongan

Kurikulum Pusat Kokurikulum
. Kurikulum Teras
. Kurikulum Pilihan

Kejurulatihan
. Jurulatih PKN
. Syarat Permohonan

Portal PusatKo KPM
.Pusat Ko Perlis
.Pusat Ko Kedah
.Pusat Ko Pulau Pinang
.Pusat Ko Kuala Lumpur
.Pusat Ko Negeri Sembilan
.Pusat Ko Melaka
.Pusat Ko Johor
.Pusat Ko Kelantan
.Pusat Ko Terengganu
.Pusat Ko Sarawak
.Pusat Ko Wilayah Labuan
.Pusat Ko Pahang
Senarai Aktiviti
2010

. Februari

. Mac

. April

. Mei

. Jun

. Julai

. 2009

.
2008

. 2007

. 2006
Album Online
Koleksi Gambar-Gambar Aktiviti

Info Umum: ‘Wira’ jambatan runtuh Kuala Dipang dihargai
Jabatan Pelajaran PerakKUALA LUMPUR - Jasa seorang pengawal keselamatan yang menyabung nyawa menyelamatkan sembilan kanak-kanak dalam tragedi jambatan runtuh Oktober lalu, dikenang melalui penghargaan yang dianugerahkan bersama tiga guru dan seorang rakan sekerja.

Ismail Ahmad, 63, yang bekerja di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Perak berkata, beliau terharu dengan anugerah itu kerana menganggap ia sebagai penghargaan terhadap jasa kudrat tuanya yang menyelamatkan nyawa orang lain.

“Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya kerana ia merupakan pengalaman paling ngeri pernah saya hadapi sepanjang 11 tahun berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu,” katanya kepada pemberita selepas dikurniakan Anugerah Atasi Segalanya oleh F&N Holdings Bhd di sini, semalam.

Ismail berkata, peristiwa pada 26 Oktober di Kuala Dipang itu, tidak luput daripada ingatannya, walaupun sudah lebih empat bulan berlalu.

“Setiap kali saya lalu di jambatan itu saya pasti terkenang peristiwa itu, seolah-olah masih terdengar suara kanak-kanak menjerit meminta tolong,” katanya.

Dalam kejadian itu, tiga murid lemas setelah terjatuh ke dalam sungai apabila jambatan gantung yang baru sebulan dibina runtuh ketika aktiviti ko-kurikulum Perkhemahan 1Malaysia membabitkan 298 murid daripada 60 sekolah rendah daripada Kampar, Tronoh dan Batu Gajah.

Turut diberi penghargaan ialah tiga guru, Ikha Nadia Md Idris, Mohd Sharif Ibrahim dan Mohd Shah Rizal Zainudin dan seorang lagi pengawal keselamatan Rusli Mohamad.

Ikha Nadia berkata, beliau tidak menyangka terpilih untuk menerima anugerah tersebut dan mahu menjadikan tragedi itu pengajaran untuk dirinya. Turut terpilih bagi anugerah itu ialah pesakit neurofaibromatosis, Yvonne Foong, 23, yang berjaya menjadi seorang pakar psikologi kanak-kanak, walaupun cacat pendengaran dan aktif dalam pelbagai kerja amal.

Berine Sua Linggi, 12, daripada Sarawak pula diberikan anugerah itu atas pengorbanannya menyelamatkan dua adiknya daripada lemas di Sungai Belaga Ogos tahun lalu. - Bernama
Kiriman pada Tuesday, March 02 @ 12:46:42 MYT oleh yongzu
 
Related Links
· More about Jabatan Pelajaran Perak
· News by yongzu


Most read story about Jabatan Pelajaran Perak:
Warga Baru Pusat Kokurikulum Negeri, JPN.

Article Rating
Average Score: 2.66
Undian: 3


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 Send to a Friend Send to a Friend

The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register
Hakcipta Terpelihara ©
Pusat Kokurikulum Negeri
Jabatan Pelajaran Perak
32300 Pangkor, Malaysia.

Telefon : 605-685 9100
Fax : 605-685 1229
Email: pknperak@yahoo.com

Page Generation: 0.03 Saat