 |
|
 |
|
Info Jurulatih: Instructors' Course for MOE Outdoor Adventure Facilities |
|
Tarikh: 01 - 05 February 2010
Tempat: Labrador Adventure Centre, Pasir Panjang Rd, Singapore.
Penyertaan: 5 orang pemerhati dan 5 orang Jurulatih sebagai peserta.
Sempena menyambut cadangan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan usahasama perkongsian ilmu dan pengalaman di kalangan jurulatih-jurulatih aktiviti Pendidikan Luar (Outdoor Education) Pusat Kokurikulum Malaysia, Kementerian Pelajaran Singapura menawarkan kursus tersebut kepada Cawangan Kokurikulum, BSSK, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kesemua peserta dari Malaysia telah mengikuti Kursus ini bersama-sama peserta-peserta dari Singapura dengan penuh dedikasi. Mereka kemudiannya diuji di akhir kursus sebagai syarat utama untuk melayakkan mereka mendapat lesen.
Kursus ini diadakan untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran mengendali dan menyelia akiviti pendidikan luar di "MOE Adventure Centres" dalam keadaan selamat dari segi praktikal serta teori. Isu berkaitan dengan keselamatan, penilaian risiko, dan SOP juga diadakan dalam bentuk perbincangan.
Pemerhati-pemerhati pula berpeluang untuk melawat kesemua pusat pendidikan luar (Adventure Centres) di bawah penyeliaan Kementerian Pelajaran Singapura yang digunakan oleh pelajar-pelajar di sana. Selain dari itu, kami juga dibawa ke sebuah sekolah yang menggunakan Aktiviti Pendidikan Luar sebagai "niche area" sekolah tersebut.
Semoga usahasama seperti ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.
|
|
Kiriman pada Monday, February 08 @ 17:23:27 MYT oleh yongzu |
|
|
|
|
| |
|
Average Score: 0 Undian: 0
|
|
|
|
|
|
|
| | The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content. |
| | | | |
| No Comments Allowed for Anonymous, please register | | | | | |
|