Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Perak
 
•  Login  •  Utama  •  Isi Kandungan  •  Downloads  •  Forum  •  Akaun Anda  •  Pautan  •  Keluar  
Info PKN
Profil
. Logo
. Visi dan Misi
. Piagam Pelanggan
. Sejarah
. Lokasi
. Kemudahan

Pentadbiran
. Ketua Sektor
. Penolong Pengarah
. Penyelia
. Ketua Jurulatih dan Penolong
. Staf Sokongan

Kurikulum Pusat Kokurikulum
. Kurikulum Teras
. Kurikulum Pilihan

Kejurulatihan
. Jurulatih PKN
. Syarat Permohonan

Portal PusatKo KPM
.Pusat Ko Perlis
.Pusat Ko Kedah
.Pusat Ko Pulau Pinang
.Pusat Ko Kuala Lumpur
.Pusat Ko Negeri Sembilan
.Pusat Ko Melaka
.Pusat Ko Johor
.Pusat Ko Kelantan
.Pusat Ko Terengganu
.Pusat Ko Sarawak
.Pusat Ko Wilayah Labuan
.Pusat Ko Pahang
Senarai Aktiviti
2010

. Februari

. Mac

. April


Senarai Aktiviti 2006-2009

. 2009

.
2008

. 2007

. 2006
Album Online
Koleksi Gambar-Gambar Aktiviti

Pesanan


Pesanan untuk ahli yang berdaftar sahaja. Sila login atau Daftar Ahli.

‘Wira’ jambatan runtuh Kuala Dipang dihargai
Jabatan Pelajaran PerakKUALA LUMPUR - Jasa seorang pengawal keselamatan yang menyabung nyawa menyelamatkan sembilan kanak-kanak dalam tragedi jambatan runtuh Oktober lalu, dikenang melalui penghargaan yang dianugerahkan bersama tiga guru dan seorang rakan sekerja.

Ismail Ahmad, 63, yang bekerja di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang, Perak berkata, beliau terharu dengan anugerah itu kerana menganggap ia sebagai penghargaan terhadap jasa kudrat tuanya yang menyelamatkan nyawa orang lain.

“Peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya kerana ia merupakan pengalaman paling ngeri pernah saya hadapi sepanjang 11 tahun berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu,” katanya kepada pemberita selepas dikurniakan Anugerah Atasi Segalanya oleh F&N Holdings Bhd di sini, semalam.

Ismail berkata, peristiwa pada 26 Oktober di Kuala Dipang itu, tidak luput daripada ingatannya, walaupun sudah lebih empat bulan berlalu.

“Setiap kali saya lalu di jambatan itu saya pasti terkenang peristiwa itu, seolah-olah masih terdengar suara kanak-kanak menjerit meminta tolong,” katanya.

Dalam kejadian itu, tiga murid lemas setelah terjatuh ke dalam sungai apabila jambatan gantung yang baru sebulan dibina runtuh ketika aktiviti ko-kurikulum Perkhemahan 1Malaysia membabitkan 298 murid daripada 60 sekolah rendah daripada Kampar, Tronoh dan Batu Gajah.

Turut diberi penghargaan ialah tiga guru, Ikha Nadia Md Idris, Mohd Sharif Ibrahim dan Mohd Shah Rizal Zainudin dan seorang lagi pengawal keselamatan Rusli Mohamad.

Ikha Nadia berkata, beliau tidak menyangka terpilih untuk menerima anugerah tersebut dan mahu menjadikan tragedi itu pengajaran untuk dirinya. Turut terpilih bagi anugerah itu ialah pesakit neurofaibromatosis, Yvonne Foong, 23, yang berjaya menjadi seorang pakar psikologi kanak-kanak, walaupun cacat pendengaran dan aktif dalam pelbagai kerja amal.

Berine Sua Linggi, 12, daripada Sarawak pula diberikan anugerah itu atas pengorbanannya menyelamatkan dua adiknya daripada lemas di Sungai Belaga Ogos tahun lalu. - Bernama
Kiriman yongzu pada Tuesday, March 02 @ 12:46:42 MYT (130 dibaca)
(comments? | Score: 2.66)
Kursus Pemantapan dan Ujian Kecergasan Untuk Jurulatih Siri 1/10
Pusat Kokurikulum PerakTarikh: 25 - 28 Februari 2010
Tempat: Pusat Kecemerlangan Sukan, Jln Pasir Putih dan Kolam Renang, MBI Ipoh.



Kursus ini terdiri daripada lima komponen iaitu:
1. Ujian Kecergasan Tahunan
2. Persediaan untuk pemilihan "Ujian Menyelamat Pingat Gangsa" (Bronze Medallion)
3. Asas Bantu Mula
4. Kursus Protokol
5. Temuduga Jurulatih Kanan


Kursus Asas Bantu Mula


Tahniah kepada kesemua peserta Kursus Asas Bantu Mula yang berjaya dalam Ujian Amali dan Penulisan yang diadakan. Penghargaan juga kepada fasilitator-fasilitator dari PBSM Larut Matang Selama yang mengendalikan kursus tersebut dengan jaya.

Tahniah juga kepada kesemua jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri yang berjaya menerima watikah perlantikan sebagai jurulatih pada tahun ini. Begitu juga dengan mereka yang berjaya menjadi jurulatih kanan. Semoga segala pencapaian ini dapat meningkatkan lagi tahap profesionalisme sebagai seorang Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Perak.

Kursus Pemantapan dan Ujian Kecergasan untuk Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri bagi Fasa 2 seterusnya akan diadakan di PKD Kuala Kangsar (SMK Simpang Beluru) pada 18 hingga 21 Mac 2010.
Kiriman yongzu pada Monday, March 01 @ 22:39:30 MYT (97 dibaca)
(comments? | Score: 0)
Info Umum: Bengkel Pendedahan Radio Amatur Negeri Perak
Info UmumTarikh : 28 Mac 2010 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Ipoh.

Bengkel ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS) dengan tujuan untuk memberi pendedahan kepada seluruh masyarakat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, penggemar radio amatur serta perkara yang berkaitan peraturan, syarat dan undang-undang penggunaan radio amatur serta perkara yang berkaitan dengannya.

Bengkel akan dikendalikan bersama oleh pihak SKMM, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia dan SIRIM.

Penyertaan adalah percuma. Walaubagaimanapun, sila sahkan penyertaan anda dengan menghantar nama dan no. kad pengenalan sebagai peserta ke alamat:

Pertubuhan Penyiar Radio Amatur Perak (PARTS)
No. 6 Persiaran Perindustrian Pengkalan 13,
Kawasan Perindustrian Pengkalan,
31500 Lahat.

* Bagi Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri, Jabatan Pelajaran Perak dan warga pendidikan, anda juga boleh memberikan butiran yang diperlukan kepada Cik Zuraidah bt. Zainal Abidin di talian 05-6859100 sebelum 7 Mac 2010.

Kiriman yongzu pada Wednesday, February 24 @ 15:30:13 MYT (12 dibaca)
(Read More... | 1504 bytes more | comments? | Info Umum | Score: 0)
Persediaan Kursus Pemantapan dan Ujian Kecergasan Untuk Jurulatih Siri 1/10
Pusat Kokurikulum PerakTarikh: 25 - 28 Februari 2010
Tempat: Pusat Kecemerlangan Sukan, Jln Pasir Putih dan Kolam Renang, MBI Ipoh.

Peserta program terdiri dari Jurulatih-jurulatih PKN dari enam daerah iaitu:
- Daerah Kinta Utara
- Daerah Kinta Selatan
- Daerah Hilir Perak
- Daerah Manjung
- Daerah Perak Tengah
- Daerah Batang Padang

Kursus ini terdiri daripada lima komponen iaitu:
1. Ujian Kecergasan
2. Persediaan untuk pemilihan "Ujian Menyelamat Pingat Gangsa"
3. Asas Bantu Mula
4. Kursus Protokol
5. Temuduga Jurulatih Kanan

Sila bawa peralatan dan keperluan berikut:
- Baju Renang
- Pakaian Sukan
- Yuran bagi Asas Bantu Mula RM60 serta gambar bersaiz pasport.
- Sarung bantal dan cadar.
- Alatulis dan kertas kajang untuk Ujian bertulis

- Pakaian F1 (sekiranya ada) bagi majlis penutupan.
- Peralatan diri dan lain-lain yang difikirkan perlu.


Sebarang pertanyaan berkaitan dengan program ini, sila hubungi En. Ahmad b. Man (Ketua Jurulatih) ATAU En. Ahmad Pauzi b. Ibrahim (Penyelia Kejurulatihan)PKN di talian 05-6859100
Kiriman yongzu pada Friday, February 19 @ 12:07:03 MYT (18 dibaca)
(comments? | Score: 0)
Instructors' Course for MOE Outdoor Adventure Facilities
Kementerian Pelajaran MalaysiaTarikh: 01 - 05 February 2010
Tempat: Labrador Adventure Centre, Pasir Panjang Rd, Singapore.
Penyertaan: 5 orang pemerhati dan 5 orang Jurulatih sebagai peserta.

Sempena menyambut cadangan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia mengadakan usahasama perkongsian ilmu dan pengalaman di kalangan jurulatih-jurulatih aktiviti Pendidikan Luar (Outdoor Education) Pusat Kokurikulum Malaysia, Kementerian Pelajaran Singapura menawarkan kursus tersebut kepada Cawangan Kokurikulum, BSSK, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kesemua peserta dari Malaysia telah mengikuti Kursus ini bersama-sama peserta-peserta dari Singapura dengan penuh dedikasi. Mereka kemudiannya diuji di akhir kursus sebagai syarat utama untuk melayakkan mereka mendapat lesen.

Kiriman yongzu pada Monday, February 08 @ 17:23:27 MYT (21 dibaca)
(Read More... | 1984 bytes more | comments? | Score: 0)
Berita dan Artikel

· Wajib bertugas di pedalaman?[ 0 komen - 3 dibaca ]
· ‘Wira’ jambatan runtuh Kuala Dipang dihargai[ 0 komen - 130 dibaca ]
· Rescuers honoured in Out-Do Yourself Award[ 0 komen - 2 dibaca ]
· Kursus Pemantapan dan Ujian Kecergasan Untuk Jurulatih Siri 1/10[ 0 komen - 97 dibaca ]
· Bengkel Pendedahan Radio Amatur Negeri Perak [ 0 komen - 12 dibaca ]
· Majlis Ramah Mesra dan Sambutan Tahun Baru Cina[ 0 komen - 14 dibaca ]
· Persediaan Kursus Pemantapan dan Ujian Kecergasan Untuk Jurulatih Siri 1/10[ 0 komen - 18 dibaca ]
· Instructors' Course for MOE Outdoor Adventure Facilities[ 0 komen - 21 dibaca ]
· Tidak tertanggung[ 0 komen - 26 dibaca ]
· How safe are our schools?[ 0 komen - 18 dibaca ]

[ Lagi di Ruangan Berita ]

Bahan Muatturun Terpanas

· 1: Contoh Surat Permohonan
· 2: Amateur Operating Procedure
· 3: Panduan RAE
· 4: Apply Amateur Service
· 5: MCMC Callsign Guideline
· 6: Borang Permohonan Call Sign
· 7: Spectrum Engineering & Interference Resolution Department
· 8: Guideline for Amateur Radio
· 9: Compliance and Enforcement
· 10: Borang Permohonan RAE 2007-1

Tazkirah PKK

Don't worry about failure. Worry instead about the chances you'll miss when you don't even try!

Wise men speak because they have something to say; Fools because they have to say something -Plato
Akhbar Online
Berita Harian

TheStar Online

Harian Metro

Utusan Online

NSTP - eMedia

The MalayMail Online

New Straits Times

Sabah Daily Express

Borneo Post Online

ANTARA - Indonesia

BBC News

FoxNews

ABC News

Persatuan Kebajikan Jurulatih (PEKEJU)
AJK PEKEJU
. AJK Sesi 2008
Aktiviti
. Sukan & Rekreasi
Portal Komuniti
Jabatan Pelajaran Perak

Kerian

Larut Matang & Selama

Kinta

Kuala Kangsar

Manjung

Hilir Perak

Perak Tengah

Batang Padang

Hulu Perak
Hakcipta Terpelihara ©
Pusat Kokurikulum Negeri
Jabatan Pelajaran Perak
32300 Pangkor, Malaysia.

Telefon : 605-685 9100
Fax : 605-685 1229
Email: pknperak@yahoo.com

Page Generation: 0.05 Saat